Monday, March 30, 2015

Penghantaran Makanan Dalam Mangkuk Tingkat 30/3/2015

Lauk-pauk yang KC sediakan untuk hari ini:

Ayam Masak Serai

Hati Ayam Goreng Kicap

Sup Telur

Penghantaran Makanan Dalam Mangkuk Tingkat 19/3/2015

Ini pula adalah menu istimewa yang KC sediakan pada 19/3/2015.

Nasi Minyak

Ayam Briyani

Acar Rampai

Penghantaran Makanan Dalam Mangkuk Tingkat 9/3/2015

Ramai yang meminta KC muatnaik gambar-gambar lauk-pauk yang telah KC sediakan. Oleh kerana KC agak sibuk dengan tempahan2 maka KC tidak sempat memuatnaik gambar-gambar sekerap yang KC mahu. Walaubagaimanapun dibawah ini adalah antara lauk-pauk yang sempat KC ambil gambar yg KC sediakan untuk pelanggan-pelanggan mangkuk tingkat pada 9/3/2015.

Daging Masak Black Pepper

Sayur Bayam

Sambal Telur

Sunday, March 8, 2015

Penghantaran Makanan Dalam Mangkuk Tingkat 8/3/2015

Lauk pauk yang disediakan untuk pelanggan-pelanggan hari ini:

Ayam Masak Sambal

Tauhu Telur Sweet & Sour

Kangkung Goreng

Thursday, March 5, 2015

Penghantaran Makanan Dalam Mangkuk Tingkat 5/3/2015

Antara lauk-pauk istimewa yang disediakan khas untuk pelanggan-pelanggan hari ini.

Nasi Daging

Dalca

Daging berserta air asamnya


Wednesday, March 4, 2015

Penghantaran Makanan Dalam Mangkuk Tingkat 4/3/2015

Berkat kesabaran dan kesungguhan, akhirnya lauk-lauk untuk penghantaran hari ini siap juga.

Ayam Masak Serai

Sup Makaroni

Begedil

Yang penting, pelanggan gembira dan puas hati dengan khidmat yang diberikan. Pelanggan KC gembira, KC pun suka. Penat lelah tu berbaloi.  Alhamdullillah.

Tuesday, March 3, 2015

Penghantaran Makanan Dalam Mangkuk Tingkat 3/3/2015

Antara lauk mangkuk tingkat untuk hari ini yang baru siap. Ini je yang sempat KC uploadkan.


Kari ikan & bendi


Sayur segar



Penghantaran Makanan Dalam Mangkuk Tingkat - 2/3/2015

KC sekadar berkongsi penyediaan menu semalam iaitu ayam pandan, sup sayur dan sambal tauhu.

Lauk pauk sedang diisi ke dalam bekas mangkuk tingkat


Rupanya bila dah siap. Sedapp !!

Kalau sempat KC akan upload dan update lagi gambar lauk pauk yang lain pula. Selamat malam semua.








Sunday, March 1, 2015

Menu Bulan Mac Dan April 2015

Seperti biasa setiap awal bulan KC akan letakkan menu untuk 2 bulan sekaligus. Menu ini adalah untuk bulan Mac & April 2015 sebagai panduan kepada yang berminat. Jangan lupa, perkhidmatan penghantaran hanya untuk mereka yang tinggal di Alor Setar sahaja. Hubungi KC di 017-9855352 untuk keterangan lanjut. Terimakasih.



(slik klik untuk gambar yang lebih jelas)



Penghantaran Makanan Dalam Mangkuk Tingkat Untuk Warga Alor Setar Sahaja

Untuk warga Alor Setar sahaja yang masih tercari2 penghantaran makanan ke rumah2 atau pejabat2, sila hubungi KakCik ya. Perniagaan ini masih lagi beroperasi dan alhamdulillah sambutannya amat menggalakkan. Cuma di sini ingin KakCik beritahu beberapa perkara:

1. Penghantaran hanya dilakukan untuk mereka yang ingin mengambil tempahan secara tetap yakni bulanan bukannya mengikut hari yang anda suka sebab KakCik terpaksa mengambil kira kos dan masa penghantaran. 
2.  Lauk yang disediakan adalah mengikut menu yang akan KakCik upload kan di blog ini. 
3. Penukaran lauk secara minima hanya boleh dilakukan berdasarkan permintaan yang diberitahu lebih awal dan kos tambahan akan dikenakan disebabkan penukaran lauk tersebut. Ini adalah kerana KakCik terpaksa menyediakan tambahan lauk semata2 utk pelanggan tersebut di mana lauk itu tidak boleh digunapakai untuk pelanggan2 lain memandangkan menu telah diedarkan. 

Mungkin ramai yang kurang faham dengan konsep penghantaran lauk mangkuk tingkat ini ya sebab ramai yang menelefon KakCik tapi banyak juga yang KakCik terpaksa tolak atas sebab tertentu. 

Sebarang pertanyaan boleh la hubungi KakCik di talian 017-9855352, kalau boleh jgn emailkan di sini kerana takut lambat mendapat jawapannya.