Sunday, March 1, 2015

Penghantaran Makanan Dalam Mangkuk Tingkat Untuk Warga Alor Setar Sahaja

Untuk warga Alor Setar sahaja yang masih tercari2 penghantaran makanan ke rumah2 atau pejabat2, sila hubungi KakCik ya. Perniagaan ini masih lagi beroperasi dan alhamdulillah sambutannya amat menggalakkan. Cuma di sini ingin KakCik beritahu beberapa perkara:

1. Penghantaran hanya dilakukan untuk mereka yang ingin mengambil tempahan secara tetap yakni bulanan bukannya mengikut hari yang anda suka sebab KakCik terpaksa mengambil kira kos dan masa penghantaran. 
2.  Lauk yang disediakan adalah mengikut menu yang akan KakCik upload kan di blog ini. 
3. Penukaran lauk secara minima hanya boleh dilakukan berdasarkan permintaan yang diberitahu lebih awal dan kos tambahan akan dikenakan disebabkan penukaran lauk tersebut. Ini adalah kerana KakCik terpaksa menyediakan tambahan lauk semata2 utk pelanggan tersebut di mana lauk itu tidak boleh digunapakai untuk pelanggan2 lain memandangkan menu telah diedarkan. 

Mungkin ramai yang kurang faham dengan konsep penghantaran lauk mangkuk tingkat ini ya sebab ramai yang menelefon KakCik tapi banyak juga yang KakCik terpaksa tolak atas sebab tertentu. 

Sebarang pertanyaan boleh la hubungi KakCik di talian 017-9855352, kalau boleh jgn emailkan di sini kerana takut lambat mendapat jawapannya.

No comments:

Post a Comment